Kelas Asas Komputer Bersama Tabika KEMAS – Siri 13
16 Disember 2023 | Aktiviti TerkiniPada 15 Disember 2023 (Jumaat) – PEDi Presint 9 Fasa 3 dan PEDi Presint 9 Fasa 10 telah bekerjasama dengan Tabika KEMAS untuk meneruskan Kelas Asas Komputer Bersama Pelajar Tabika KEMAS bagi siri ke 13 bertempat di Bilik Latihan PEDi Presint 9 Fasa 3
Pada permulaan kelas, Petugas PEDi Presint 9 Fasa 3 – Puan Sarah memberi penerangan ringkas mengenai bahagian-bahagian komputer seperti monitor, papan kekunci dan tetikus. Sebagai pendedahan awal, petugas turut menerangkan fungsi pada setiap bahagian komputer tersebut kepada pelajar. Pada latihan kali ini, setiap pelajar berpeluang mempelajari dan membuat aktiviti pembelajaran secara online menggunakan applikasi abcya.com – Number Chart dan applikasi digipuzzle.net - Couting Fish. Pelajar diberi masa untuk membuat latihan di komputer secara individual dan petugas bersedia memberikan bantuan kepada pelajar
Bagi sesi kedua, pelajar diminta untuk berkumpul di skrin utama untuk aktiviti berkumpulan dimana petugas membuka latihan - same and different. Peserta diminta untuk memilih jawapan yang tepat dan menjawab secara bergilir. Seterusnya petugas membuka tayangan video senaman dan video nyanyian untuk aktiviti softskills. Kelas ini berlangsung selama dua jam bermula pada pukul 9.30 pagi sehingga 11.30 pagi. Seramai 35 orang pelajar daripada Kaktus 1,3 dan 4 yang terdiri daripada 21 orang pelajar perempuan dan 14 orang pelajar lelaki.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: